Latar belakang Mae_Shika_Mukanee

Single ini merupakan single pertama dalam tahun 2014 selepas single sebelumnya "Suzukake no Ki no Michi de "Kimi no Hohoemi wo Yume ni Miru" to Itte Shimattara Bokutachi no Kankei wa Dou Kawatte Shimau no ka, Bokunari ni Nannichi ka Kangaeta Ue de no Yaya Kihazukashii Ketsuron no You na Mono" yang dipasarkan pada akhir tahun 2013. Single ini dipasarkan dalam 4 jenis; Type A (Edisi Terhad / Biasa), Type B (Edisi Terhad / Biasa), Type C (Edisi Terhad / Biasa), Edisi Teater.

Lagu utama single ini, "Mae Shika Mukanee" telah pertama kali dinyanyikan kepada umum pada 24 Januari 2014 di Tokyo Dome City Hall semasa menyadakan konsert "AKB48 Request Hour Setlist Best 200 2014 (Part 1)". Hampir semua anggota yang terlibat dalam lagu ini pernah terlibat dalam lagu "Heart Electric" kecuali 2 anggota; Kojima Mako dan Suda Akari telah menggantikan Iriyama Anna dan Oota Aika dari HKT48. Ini merupakan penampilan pertama Kojima Mako sebagai anggota Senbatsu.

Dalam single ini, terdapat 5 unit telah bercampur dengan sebahagian anggota kumpulan kembar AKB48 antaranya ialah "Smiling Lions", "Beauty Giraffes", "Baby Elephants" dan "Talking Chimpanzees". Kesemua anggota AKB48 terlibat dalam single ini kecuali Satou Amina dan Hirata Rina.

Slogan single ini adalah Omoide wa Sutete Ike! (思い出は捨てて行け!) yang bermaksud "Pergi Buang Kenangan!".